KUCHING, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang menghadiri Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching pada Sabtu.
Turut hadir Pemangku Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asia Awang Nasar serta isteri Puan Sri Dato Fatimah Mohd Iskandar, Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim serta isteri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor serta isteri Datin Seri Panglima Datuk Juliah Salag, Timbalan-Timbalan Perdana Menteri Datuk Patinggi Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Dato’ Sri Fadillah Yusof, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi serta isteri Datin Sadiah Buji, Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil serta dif-dif kehormat yang lain.
Majlis yang penuh warna-warni tersebut telah dimeriahkan dengan pelbagai persembahan seperti persembahan nyanyian, teater muzikal, tarian masyarakat pelbagai kaum, dan banyak lagi.
Sumber dari : Sarawakku